BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 24, 2010

lensa si cilik~kosmo Genk ( "hidung aku b'darah" haha)


Adek Danial Fitri Md. Yusoof Othman - 7 tahun

karya beliau - hantu dan gajah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

KETIKA ramai kanak-kanak lain sebaya dengannya mungkin sedang sibuk bermain permainan video atau perisian komputer di dalam rumah, ataupun menghabiskan waktu berkejar-kejaran di padang, si cilik ini sudah ada aktiviti eksklusifnya tersendiri.

Bertemankan gajet yang bersaiz dan seberat kira-kira satu per 20 daripada statistik tubuhnya, pandangan mata Danial Fitri Md. Yusoff Othman, 7, sudah menjangkau ke sudut yang paling seni dan mungkin sering diabai kanak-kanak biasa
Minat mendalam yang ditunjukkan Danial itulah yang membawa Kosmo! ke Galeri Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Perasaan asyik dan kagum mengisi ruang pameran fotografi itu tatkala menikmati 30 persembahan foto hasil kreativiti Danial dan gajetnya, kamera Nikon D100.

Dalam pameran bertema Bicara Alam itu, judul-judul bagi karya Daniel begitu unik. Ada yang diberi nama Hantu dan Gajah, Burung di Atas Elektrik, Burung Diri Jauh, Rumah Terbakar dan Monyet Menung. Lebih istimewa, semua judul itu adalah ciptaan murid darjah satu itu sendiri.

Sejak bakatnya dalam skil fotografi mula diasah dari usia 4 tahun, Danial kini sudah memiliki ratusan koleksi gambar yang kebanyakannya bertema haiwan dan alam sekitar.

"Gambar yang paling saya suka ialah Gajah dan Hantu. Yang ini gajah dan yang ini hantu," kata Danial kepada penulis sambil menunjukkan rakaman bayang manusia dan bongkah batu.

Pada mulanya seseorang mungkin tidak dapat membayangkan gajah dan hantu apabila melihat gambar tersebut. Namun, apabila diterangkan sedemikian oleh Daniel, barulah imaginasi mengambil alih lantas batu itu menyerupai seekor gajah sementara bayang manusia pula kelihatan seperti apa yang dipercayai sebagai hantu.

Ternyata si kecil dengan ketinggian 104 sentimeter itu bukan sahaja memiliki bakat mengambil gambar tetapi juga memiliki pandangan luar biasa terhadap apa yang diambilnya.

Teruja dengan kunjungan Kosmo!, Danial berlari mendapatkan kameranya dan menunjukkan aksi-aksinya mengambil gambar. Tangan dan jari-jemari Danial yang kecil tidak menghalangnya untuk mengangkat dan mengendalikan kamera itu laksana seorang jurugambar berpengalaman.

Walaupun lagak dan gayanya mengambil gambar belum mirip jurugambar profesional, namun hasil yang terakam daripada petikan butang kamera itu cukup mengagumkan. Secara tidak langsung ia mencermin peribadi Danial yang gemar memerhati dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam.
Berkenaan pameran tersebut, Danial mengatakan dia senang apabila melihat begitu ramai orang yang berkunjung untuk melihat hasil fotonya.

"Tapi kenapa yang datang semuanya orang dewasa, bukan kanak-kanak seperti saya?" Tanya Danial yang mengundang rasa lucu dan senyuman di bibir yang mendengarnya.

Daniel memberitahu, dia menunggu peluang untuk mengunjungi kawasan berdekatan tasik kerana menurutnya di situ terdapat banyak ikan dan burung. Pemandangan di tasik juga cantik, katanya.

Menurut ibu Danial, Azmatul Hazrin Zaman, 33, anaknya itu sudah menunjukkan minat dalam fotografi sejak berusia empat tahun.

"Jika saya dan suami mengambil gambar, kami sentiasa membawa Danial bersama. Pernah sekali sebelum Danial pandai mengambil gambar, dia tanya pada saya 'apa yang mama sedang buat?'

"Danial juga pernah mengambil kamera saya dan cuba mengambil gambar. Mulanya saya risau dia akan merosakkan kamera tersebut. Namun, apa yang berlaku, Danial pandai mengambil gambar dan hasilnya juga cantik.

"Selepas dia menunjukkan minat, saya dan suami tidak jemu mengajarnya," ujar Azmatul yang turut mewakili perasaan bangga suaminya, Md. Yusoff Othman, 61.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Demikian juga Danial yang mewarisi bakat mengambil gambar dalam bidang fotografi. Azmatul sendiri merupakan seorang jurugambar berpengalaman sementara Md. Yusoff pula ialah bekas pensyarah bidang fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Malah sebelum ini, Azmatul dan Md. Yusoff sudah banyak kali melakukan pameran solo yang menghimpunkan hasil-hasil hebat rakaman lensa mereka.

Sementara itu, pameran fotografi yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pada hari itu boleh diibaratkan pameran sekeluarga.

Bicara Alam turut mempersembahkan karya fotografi Azmatul dan Md. Yusoff.

Menjadikan alam sebagai inspirasi, haluan seni dalam setiap foto yang dipamerkan banyak bermain dengan aspek seni melalui penggunaan motif, ikon dan metafora.

Md. Yusoff memberitahu, kebiasaannya Kampung Sekinchan, Selangor menjadi tempat mereka membawa Danial mengambil gambar.

"Di situ banyak burung-burung dan sawah padi. Selain itu, saya akan bawa Danial ambil gambar dekat kampung saya iaitu Kampung Sri Kendong, Negeri Sembilan," katanya yang juga memiliki seorang anak lelaki yang juga gemar mengambil gambar iaitu Darius Feroz, 2.

Tetapi dakwa Md. Yusoff, Darius masih belum pandai mengambil gambar yang cantik. Si bapa ini berseloroh, buat masa ini Darius tahu mengangkat dan menekan punat kamera sahaja.

Danial yang sememangnya petah bercakap pernah bertanya dengan Azmatul kenapa kadangkala gambar yang diambilnya tidak cantik. Dia memberitahu kameranya sudah rosak. Walhal, gambar yang diambilnya itu kabur gara-gara getaran tangan.

Akhirnya, Azmatul membeli Danial tripod untuk memudahkannya mengambil gambar. Azmatul menambah, kini Danial sudah pandai menentukan aperture dan kelajuan shutter dengan sendiri
Memetik kata Alimuddin yang berharap Danial akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain melalui pameran fotografi tersebut, banyak yang boleh disimpulkan.

Bukan sahaja contoh buat kanak-kanak, malah ia menjadi iktibar kepada golongan ibu bapa. Pemupukan intelek, bakat dan minat terhadap aktiviti yang berfaedah memang perlu dimulakan pada usia muda.

"Satu hari nanti saya nak jadi jurugambar yang hebat," kata Danial yang nyata memandang jauh soal impian dan cita-cita.

Ehsan dari Kosmo Online - GenK

nota kaki - 'hidung aku berdarah' masa baca artikel ni, dia pandai setting aperture and speed sendiri hukhukhuk..aku ni terkial2 laie. Akak reporter ni sik cakap D100..strap cameghe dier aku tgk D200? garuk dagu..
teruskan membaca...

Tuesday, February 23, 2010

Mari Belajar Cakap Sabah


Salam~!! Aku bukan budak sabah~~ haha tapi saja nak kongsi beberapa perkataan yang aku belajar. Belajar pun dengan men'gugel' muahehe dan bertanya2 la ngan budak sabah sendiri. Jangan heran kenapa aku belajar cakap sabah, saja tambah ilmu huhu and slang dorang ni mcm best pulak wakakaka no offense (aku puji taw nie ;p). Sa ni masi tingu2 mana2 blog & forum2 sabahan, balajar bah, mana tau sa tarjumpa sama marsha bule la tu bual2 kan? kan? muahehehe

MyEm0.Com

sekali belajar mesti nak tau banyak lagi, haha so aku bagi beberapa la yang setakat ni aku tau


1. sa/sia = saya
2. tia / nda / inda = tak / tak nak
3. bubut = kejar
4. mangkali = barangkali
5. limpas = tumpang lalu
6. sajuk = sejuk
7. bahai = beg plastik
8. karit = kedekut
9. tapuk = sembunyi
10. kamurang = korang
11. urang = orang
12. surang = sorang
13. siok = best
14. kana = kena
15. panat = penat
16. gali hati sa = geli hati aku ;p
17. tachut / palis2 - jauh kan / touch wood haha
18. sikijap = sekejap
19. bilang = cakap
20. tingu = tengok
21. lakas = lekas
22. tuli = pekak
23. gol = mampus / mati haha (aku sedang ketawa smpi keluar air mata ni taip ni)
24. teda = tak ada
25. matai = mati cth - matai sa bah.. = mati la aku..
26. buyuk = tipu / ngelat
27. karan = karen la haha pe ek malay?? huhu ha elektrik
28. ging - geng/kawan
29. sigup - rokok ;p
30. sumandak = awek
31. kunun = konon
32. arai maiti = cheers~~! (aku maseh konpius penggunaannya tapi suka diz word ;p)
33. kompom = confirm
34. kasi = beri
35. bikin panas = buat org marah
36. bancik oo sa = benci taw aku haha
37. tembirang = temberang
38. tuu na = sana
39. paning = pening
40. palui = bodoh
41. timbak ko = tembak kau
42. basar = besar
43. padih = pedih
44. ketulahan = kena tulah / kena daulat
45. kedapatan = kantol
46. kapus2 = tak cukup napas/ termengah2
47. sungkai = buka puasa
48. palan2 = pelan2
49. jua = juga
50. bisuk = besok

okies, ni jak sa kasi post dulu ha..sama2 balajar yuk hehehe enjoy video tu ha,sa gelak targuling2 owh tingu video tuMyEm0.Com

teruskan membaca...

Saturday, February 20, 2010

misi aku gagal :(

hepi weekend!! hepi ke?? haha dalam otak aku cuma pikir buku, asgmt ngan keje opis yang terbengkalai. Since kelas terakhir aku attend hampir sebulan yang lalu, buku tak disentuh, asgmt tak pun aku tengok. Aku mmg cari nahas

MyEm0.Com


aku keluar rumah dan menuju ke ofis dengan tujuan nak buat kerja opis danmembaca buku. Sebelum masuk opis aku gi tapau makanan, dah makan ngantuks la pulak!! Hampeh betol, tapi aku sambung jugak misi aku buat kerja opis

MyEm0.Com

ramai jugak yang dtg bekerja memandangkan banyak jabatan kena audit pada hari isnin, sibuk meng'hupdate' operation manual dan hal-hal berkaitan. Aku laks beria2 aku target kul 6 dah siap. So bole baca buku, keje aku tak siap2 warghhhhhhh..buku?? aku bebetol malas..sgt malas..apa nak jadik arr ngan aku??

MyEm0.Com

Aku keluar opis agak lewat dan terus pulang ke rumah. Keje opis aku tak siap dan buku masih tidak dibaca. Maka misi aku gagal sebenarnya bukan gagal arini je, bole dikatakan target minggu ni terbang melayang ke kerajaan langit Ayah Pin. huh!!.

teruskan membaca...

Friday, February 19, 2010

aiskrim malaysia atau aiskrim batang malaysia :)

aiskrim m'sia @ aiskrim batang m'sia
credit to raziffphotomatuer

hello. ok korang panggil aiskrim ni apa? aiskrim malaysia ke aiskrim batang malaysia?? aku panggil dgn nama kedua :).. aku tau ada yang anggap nama ia agak 'kurang sopan' or 'double meaning' tapi mmg dari kecik aku panggil aiskrim tersebut dengan nama tu..dulu harga 10 sen zmn aku sekolah la sekarang dah 20 sen kot dah kurang 'ketinggian' dari zaman aku nyer version hehehe..
kalau dulu balik sekolah, aku akan jadi pelari pecut dengan memakai pinafore sekolah bersama beg mcm bawak batu 10kilo (belum ada jadual anjal masa tu). berlari semata2 nak berebut aiskrim ni lah perasa santan sebab kalau lambat kompom habes!! dah lah berlari pecut bersama bebanan (konon), smpi2 nak kena berasak pulak tu haha giler ah mak cik tu selalu pilih kasih, aku tau aku tak comel jadik dier serbis lambat2 sket kah3...

kalau aku tak dapat beli aku akan melangkah longlai pulang ke rumah. Jiran aku ada jual tapi tade perasa tersebut haha sebab tu beria2 kalau teringin nak makan aku ngan rakan2 akan jadi pelari pecut negara..sedap beb! lagik kalau hari panas..huuu sedut smpi kempong pipi tapi sekarang ni susah la mo jumpa orang jual aiskrim ni lagi kalau kawasan perumahan bandar tapi kalau pat sekolah2 adek jek kot makcik2 jual huhuhu korang tahu napa aku buat entry nie? haha sebab kawan aku tak kenal aiskrim ni haha , uit yau, ni la aiskrim malaysia atau aiskrim batang malaysia :) biasanya dijual dengan berbagai perasa kacang hijau, kacang merah, koko, anggur dan paling top perasa asam boi!..jangan salah paham yea
teruskan membaca...

Thursday, February 18, 2010

aku dengan akak 'pos laju'

pos laju atau nation wide express?? aku tak pasti..yang pasti aku nak barang smpi esok. aku kol bahagian pentadbiran opis aku tanya opis nation wide di mana? setelah berbual hampir 10 minit, aku gagal mengintepritasikan data yang diberikan ke dalam otak aku. huh! mmg sengal kalau nak ingat2 jalan neyh..aku keluar bersama rakan sekerja dgn tujuan bersarapan dan mengular(aku nak pos barang okay!)
Selepas bersarapan aku menuju ke sebuah syarikat buku dan alat tulis, brg yang dibeli terpaksa dirahsiakan ;p. Aku terus ke pejabat pos yang hanya 10 langkah dari kedai tersebut.

aku terus ke kaunter dan sapa kakak di situ.

aku : kak, nak tanya pos laju kalau ke........besok bole sampai tak?

akak pos laju : bandar ke pedalaman tu?

aku : bandar la kot...dekat sini ha..

akak pos laju : awak nak hantar apa

aku : parcel kak...

akak pos laju : ke rumah ke? atau ke opis

aku : aku pilih jawapan kedua

akak pos laju : esok eh? esok tak bole la..opis tutup.

aku : kepala senget, tgn garuk dagu~nape tutup eh kak ?

akak pos laju : kalau opis la, esok tutup.

aku : masih blur, otak ligat berpikir public holiday ke esok..~aku tanye lagi..pos laju memang tade ekh besok?

akak pos laju : ada , opis yang awak nak hantar tu tutup la kan.

aku : arghhhh..esok negeri tersebut de cuti hape pulak neyh!! sedang aku berpikir. aku bebetul kusut. aku sambung tanya. esok de pe eh pat sana? cuti pe ha

akak pos laju : eh cuti la kan..ke opis dier half day?

aku : half day? aku tambah blur...garuk2 kepala

akak pos laju : eh ari ni hari apa eh?

aku : dengan penuh kaseh sayang aku menjawab, hari ini hari khamis kak, esok jumaat. sambil senyum. mata kelip2 pandang die.

akak pos laju : eh, akak ingat hari hari jumaat..sori2. sambil ketawa, apa poskod nyer tadi?

aku : heeeeee...yeaaaa kak arini ari khamis, poskod bla bla bla..

akak pos laju : ha bole2 esok smpi. sambil bagi form pos laju..

aku : terima kasih kak
MyEm0.Com (terima kasih atas layanan dan perbualan yg hampir 15minit tadi


p/s : aku tak pos pun brg tersebut, di pejabat pos tuwh! haha

teruskan membaca...

Monday, February 15, 2010

ngeteh bersama si money maker & follower

lama aku tunggu mereka ni datang jb, (janji melayu betol~seharian aku tunggu) aku tak dapat join sebab tiket ke Melaka abes :(. berfoya2 bukan main tambah keji siap mms aku gambar berjalan2. seb baek aku layan korea pat umah tade la bosan sangat tapi kelaparan yang maksimum(aku jarang makan dirumah, mak jarang masak err ke aku cerewet kehkehkeh)
aku lepak bersama si money maker, follower dan rakan se-futsal di.. (tempat dirahsiakan, sajek tak nak bagi publisiti~ayat kalis). Aku masih lapar walau pun dah menjamu selera 5 jam yg lalu. Maih lapar disebabkan tu la makanan pertama aku dalam satu hari nie,ingat nak makan lagik tapi tak jadik sebab baru tadi aku makan hati maka terus kenyang. Aku tolak tepi hal tu, si money maker n follower perlu di entertain :).

Kami bergossip, dan bila si rakan se-futsal bertanya ttg org yang kami tak berminat (tak suka la tuwh) kami ilang ingatan secara tiba2 kui3 jam terus berlalu, rakan se-futsal terpaksa beransur kerana perlu bekerja. Aku, si money maker dan follower masih di situ, berbual ttg masa depan, cita2 dan cinta haha. Jam 4 pagi aku gerak dari kawasan kejadian, mata pun dah ngantuk. Mak, Ayah kami pulang!! Yea, kalau nak rasa makan pelempang balik la rumah sendiri. Aku tido dirumah rakan "Rumah MAGIC" (sebab tuan rumah suka wat magic) ngee~~
teruskan membaca...

Sunday, February 14, 2010

hohoho balik kampung..

balik kampung tanpa abang aku? mati kutu la aku. aku toleh abang aku yang tersenyum sumbing mcm kambing sebelah aku. tak pe, tak pe baru mak jek suarakan. ayah belum ckp nak balik kampung. moral aku cakap mcm gini ialah~selagi bukan bapak aku yg bagi arahan. maka aku boleh "objection, your honour!" kehkehkehkeh pastikan alasan kukuh
aku ingat aku selamat, rupanya aku tak selamat huhu aku lapar sgt maka aku keluar makan sambil nak pergi bayar duit kereta(yang aku lupa nak bayar dan sengaja buat2 lupa huhu)aku drive smpi kedai makan, aku memerhati lauk sambil tawaf dan garuk2 dagu. nasi dah amek, aku pun amek lauk sedang kyushuk aku amik lauk dan lauk terakhir aku nak cedok. zasss!! aku nampak kelibat seseorang!PAK NIN!! a.k.a bapak haku muahaha..cet makan berdamai aku ngan bapak aku didalam kedai tersebut. Bapak aku telah mengambil kesempatan menyuarakan bagi aku bukan ajakan atau pendapat tapi satu arahan KITER BALIK KG ESOK. Aku hanya balas ngan anggukkan huhu teruskan membaca...

Saturday, February 13, 2010

tiket sold out-CNY~~

Salam, pape pun aku ucapkan la selamat tahun baru cina pada mereka yang menyambutnya. Warghh cuti panjang sey seronok kan rasanya, tapi kejam betol aku kebosanan disebabkan tiket bas nak pergi Melaka sold out~~!!!.. Berfoya2 la kamu kawan2...
maka aku duduk saja la di rumah, buntu2. Nak baca buku aduh mak tade mud betol, assignment erksss T_T. Aku menghabiskan hari cuti dengan menonton drama korea yang lama dah ada dalam laptop aku tapi tak sempat2 nak tengok. Tajuk cerita tersebut Hello, My Lady ;p bole tahan la citer nie, aku tengok la penuh khusyuk cerita ni sampai ke episod yang ke sembilan (dgn bangganya aku dah nak abis tgk la sebab smpi episod tu jek kawan aku bagi). Dah masuk epi. yang ke-9 tu aku tak nampak pun ciri2 cerita ni dah nak abes?? Sampai ke penghujung minit erksss sambung? haperkah?? maksudnya ada epi. 10. @#!~$~#$#% keji betol kawan aku ni..tifuu aku yang suci nie haishh..


aku terpaksa la mencari sambungan cerita tersebut di laman2 web. aku terpaksa cari ok aku betol2 terpaksa sebab dah terjebak dgn kancah drama korea ni mmg susah nak stop. Astaga, rupanya epi ada smpi 16???...aku tgk jam hampir pukul 11 malam aku terus tutup laptop cukup smpi disini besok baru aku donlod haha cuti2 tido awal.. ;p
teruskan membaca...

Wednesday, February 10, 2010

Bukit Permai ~ Ampang

bukit permai view

hujan bersama gps

arnab yang ditemui semasa order burger ;p

Hujan bawak aku gi Bukit Permai..konon nak amik gambar sunset huhuhu aku pakai 'tembak' jek cuaca agak mendung dan gelap sebab baru lepas 'hujan'.....aku, hujan n sakura makan beger sambil digeget nyamuk haha ;p
teruskan membaca...

Saturday, February 6, 2010

aku dan mereka di Broga Hill ;p






inilah yang terjadi setelah aku sampai k.l, panjat bukit!! aku citer la sket hal semalam, aku sampai kira2 jam 11 malam..seorang rakan bernama 'hujan' (bukan nama sebenar) amik aku di Sunway Pyramid.
Sampai di rumah beliau aku tak boleh tidur, ini semua kerja gila, last minute decision. Aku ngan Hujan bangun jam 4 pagi dia tolak aku aku tolak dia suruh mandi. Dah siap2 salah seorang peserta pendakian tak dapat ikut kerana sakit gigi(kesian).


Aku ngan Hujan cek kembali barang2 yang perlu di bawa..
torchlight - sudah (paling penting huhu)
seluar & baju spare ;p poyo - mana tau tgh turun hujan ka? seluar kotor ka? maka dibawa
air mineral - sudah
kamera - sudah (wajib neyh)


Aku ngan Hujan terus menuju ke Damansara, amik seorang rakan(pagi tu jugak berkenalan hye ^_^)kemudian terus menuju tempat gathering..lama jugak la aku, hujan ngan si darl menunggu. Datang seorang lagi peserta aku baru berkenalan jugak pagi tu haha memang mengong. masih menunggu lagi dua peserta sampai la pukul 6 adess dah lambat nie, kata nya on the way..underwear barangkali mereka ni.


Dipendekkan cerita, kami bergerak jam 6++ hampeh..mestu tak sempat tgk sunrise. Betul jangkaan aku n hujan, kami tgk sun rise di kaki bukit haha jam 7 pagi baru kami mendaki. Torchlight? haha tak pakai!! da terang..mcm nak tercabut lutut aku daki bukit ni, (secara jujur pes time aku buat kerja mcm ni tak penah aku jalan lam hutan) jam 8 pagi sampai gak kami tapi baru fasa pertama adess matahari dah bersinar. Aku, Hujan, Darl, Agat, Bulan and Mazu amik angin, ramai jugak panjat bukit ni. Aku tengok uncle2 auntie pun ramai naik..suspect betol la. Aku baru sampai dorang da nak turun..gila hebat..kul baper dier naik tadi??? gelapp tu!! aku pun mula la snap2 gambo, ramai sey bebudak and photographer eceh2, ader photoshoot lagik huk3..yang aku tak leh handle si darl leh lak main ulat gongok (betol ke aku eja ni) dgn penuh kaseh sayang dier ulit ulat tu erksss aku yang nak snap gambo meremang bulu kaki(aku tade bulu kaki, hujan punya kaki banyak bulu haha)


kami meneruskan perjalanan!! agat wat hal..katanya tak bole teruskan sakit perut..beria2 la si hujan, bulan n mazu pujuk ajak naik..at last!!! dapat jugak kami tawan (ayat tak bole blah) Bukit Broga 400m??? hahah mamposh la kan kalau naik gunung2 ntah pe jadik..naik bukit jek dah mcm !@!@$@#$%#$@%^% (aku tak mencarut ok) Kami berehat dan menikmati nasi lemak yang dibeli di kaki bukit hehehe. setelah bersantai2 dan berehat2 ktiviti turun bukit bermula jam 10++ pagi, dah panas!! mencurah2 peluh...turun bukit agak mencabar..curam n licin huhu alhamdulillah kami selamat smpai di kaki bukit 45-50minit kemudian, turun bukit sambil dgr mp3 dan bermain sms..lam hutan line shumer full bar!! bagus betol! thanks guys diatas pendakian yang menyeronokkan (cam tinggi sgt jek kan)!! enjoy bukan?? hahaha sakit2 badan haku T_T
teruskan membaca...

Friday, February 5, 2010

aku tengah pikir..

sebelum pergi kerja aku dah 'setting'..aku masuk kereta..aku masih pikir2...sambil drive aku pikir2 lagi...betol ke? aku lum gitau mak aku ni? aku terus la berpikir sampai aku parking kereta aku.
Aku buat kerja sambil berpikir perkara tadi, ilang pokes buat kerja(mmg selalu mcm tu hu3). Ah aku tak nak pikir la..

sms masuk : woi..pye bla bla bla bla bla jadik tak?? kul bape dot dot dot? habis baca mesej..aku termenung ok! aku runsing haha

aku balas : err..jadi2..nanti pape aku roger ;p (lam hati: iskk betol ke ni)
aku sambung buat kerja. Jam dah kul 11 pagi aku tambah runsing, nak dekat jam 12 tengahari,

vypress (alat komunikasi intranet di opis) plak masuk : pye, gi mana tghari? keluar?
aku jawab : err tak kot...(ok aku bohong) aku terus taip aku nak balik umah ngeee

sms masuk : .... jom keluar jb? errkss aku terkesima suddenly??
aku jawab : petang nak pergi KL.. gulp!!! aku da decide!!! dush~~!!


p/s : 'setting' yang aku maksudkan di atas adalah baju2 aku hukhuk
teruskan membaca...

Monday, February 1, 2010

aku ada blog ngeeee~~!!

Aku buat blog personal wakakaka sah aku memang takde keje namanya. Nape aku buat blog ah aku pun tak tau isi masa lapang agaknya kah3 boring la kowt. Kelas dah mula, assigment pun dah ada tapi aku malas.
Aku tak de mud maka aku buat blog, bape kali aku nak ulang statement ni ha..sepi sendiri aku benci kekekekeke.. ;p teruskan membaca...

Related Posts with Thumbnails