BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 2, 2010

Anterior Cruciate Ligament (ACL)


Apa itu ACL?

Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.

Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.

Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.

Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.

Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring.

Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL.
Siapakah yang memerlukan pembedahan ACL?

Biasanya, keputusan untuk menggantikan ACL dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berikut:

* Umur dan tahap aktiviti fizikalnya
* Kecederaan lain pada lutut yang sama dan bersangkutan dengan ACL seperti meniskus terkoyak atau rawan yang tercedera.
* Tindak balas pemulihan pesakit
* Tahap ketidakstabilan dan simptom yang dialami pesakit seperti kesakitan, lutut kerap membengkak.

Oleh itu, keputusan perlu dibuat bersama oleh pesakit dan pakar ortopedik secara individu berdasarkan kepada keperluan pesakit dan cara hidup beliau.



Apa itu rekonstruksi ACL?

ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri atau dijahit semula. Ia perlu digantikan dengan tisu lain pesakit yang boleh mengambil alih fungsi ACL yang asal.

Tujuan pembedahan di atas adalah supaya tisu yang menggantikan ACL tumbuh pada kedudukan yang sama dengan ACL yang lama dan dengan itu dapat berfungsi sebagaimana biasa.

Matlamat selepas pembedahan, pesakit akan mendapat lutut yang kuat dan stabil serta berupaya membengkokkan lutut secara penuh.

Kebanyakan atlet profesional telah menjalani pembedahan tersebut dan berjaya kembali aktif meneruskan aktiviti sukan masing-masing seperti biasa.

Terdapat beberapa rekonstruksi ACL menggunakan pelbagai jenis tisu (graf) untuk menggantikan ACL.

* Bone-patella tendon- bone (BTB)

Tisu yang menggunakan tulang tempurung lutut dan lekatan tendon adalah graf yang paling lazim digunakan. Ia digunakan dalam rekonstruksi ACL single bundle dan memberikan keputusan yang baik dalam majoriti pesakit.

Pesakit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga enam bulan jika pesakit telah tamat menjalani program rehabilitasi/pemulihan.

* Tendon hamstring

Ini merupakan satu lagi jenis graf yang biasa digunakan dalam rekonstruksi ACL. Tendon hamstring terletak pada sebelah dalam lutut medial/tengah dan digunakan dalam rekonstruksi ACL single atau double bundle.

Kaedah menggunakan graf ini juga kerap digunakan oleh pakar bedah ortopedik.

Rehabilitasi perioperatif rekonstruksi ACL

Pesakit perlu memahami bahawa dalam pemulihan kecederaan lutut, pesakit memerlukan bukan sahaja pembedahan yang berjaya malah program rehabilitasi juga adalah penting dalam memberikan keputusan yang baik.

Dalam program rehabilitasi, interaksi pesakit, doktor dan ahli fisioterapi adalah penting untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Program rehabilitasi yang dijelaskan di bawah adalah yang dilakukan bagi kecederaan ACL, melibatkan empat fasa.

Program rehabilitasi mungkin berbeza di hospital-hospital lain dan turut bergantung kepada teknik pembedahan yang digunakan oleh doktor merawat.

Kerjasama pesakit dalam menjalani rawatan intensif fisioterapi semasa rehabilitasi adalah penting dan ini akan mempengaruhi pemulihan pesakit.

Sebelum pembedahan rekonstruksi ACL, selalunya doktor pakar yang merawat akan mengenal pasti tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh pesakit dalam menjalani rehabilitasi awal.

Pesakit yang menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program rehabilitasi akan dipilih untuk menjalani pembedahan.

Ini adalah kerana kejayaan pembedahan ini untuk memulihkan kembali lutut yang tercedera bukan hanya bergantung kepada teknik pembedahan malah turut bergantung kepada komitmen pesakit semasa menjalani rehabilitasi selepas pembedahan.

Empat fasa rehabilitasi rekonstruksi ACL

Kaedah pembedahan rekonstruksi ACL, BTB teknik single bundle atau hamstring teknik double bundle digunakan untuk merawat pesakit.

Program yang dijelaskan di bawah adalah untuk pesakit yang menjalani kaedah pembedahan seperti di atas.

* Sebelum pembedahan

Program rehabilitasi bertujuan untuk mengurangkan bengkak, mendapatkan pergerakan penuh sendi lutut dan menguatkan otot yang berada di sekitar sendi lutut terutama otot paha (kuadriseps).

Bagi pesakit yang mengalami kecederaan ACL kali pertama, pembedahan rekonstruksi ACL hanya akan dilakukan selepas enam minggu untuk mengelakkan lutut daripada mengalami artrofibrosis (lutut mengeras dan tidak dapat membengkok) jika dilakukan terlalu awal.

* Minggu pertama selepas pembedahan

Program bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.

Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.

Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.

Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat-peringkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion/CPM).

* Rehabilitasi bertumpu

Fasa ini melibatkan latihan lutut untuk berada dalam kedudukan lurus, mengawal bengkak lutut, meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok kepada 130 darjah, meningkatkan kekuatan kuadriseps kepada 65 peratus kekuatan otot paha sebelah yang normal dan memulakan aktiviti sukan yang spesifik.

Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.

Kedua-dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.

Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.

Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.

Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.

Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.

Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program rehabilitasi yang lengkap.

* Aktiviti spesifik sukan

Ini melibatkan senaman meluruskan dan membengkokkan lutut secara penuh, meningkatkan kekuatan kuadriseps sehingga 85 peratus kekuatan otot paha yang normal dan aktiviti asal sukan yang diceburi pesakit.

Sebagai contoh, bagi pemain bola sepak, senaman yang diberikan adalah seperti berjoging pada garisan lurus, berjoging dalam pergerakan huruf lapan dan berbasikal.

Bagi senaman yang digunakan setiap fasa, pembaca dinasihat mendapatkan nasihat daripada doktor pakar ortopedik dan fisioterapi mengenai kaedah senaman.

Kesimpulan

Rekonstruksi ACL adalah kaedah pembedahan yang paling berjaya untuk memulihkan lutut yang tidak stabil disebabkan oleh kecederaan ACL.

Kejayaan dalam mendapatkan kembali kekuatan asal lutut dan kembali aktif bersukan memerlukan program rehabilitasi yang intensif.

Kerjasama pesakit dalam melakukan senaman semasa rehabilitasi adalah penting untuk mendapatkan kembali kekuatan dan pergerakan penuh lutut

p/s : yup, tujuan utama aku jalani surgery nie aku nak aktif bersukan balek, dan fisio amat penting. dari apa yang aku alami sekarang muscle akan menjadi lemah, mengecut dan akan nampak perbezaannya. haish nak nanes pun ada aku rasa, kekuatan dan tahap pemulihan juga berbeza2 lebih ketara dgn perbezaan jantina lelaki ngan perempuan, ligamen lelaki lebih besar berbanding perempuan. aku boleh dikatakan slow recovery smpi sekarang aku tak leh nak angkat kaki dengan lurus. :( . so kepada rakan2 elakkan lah yea,,jaga diri semasa bersukan :)

info : credit to laman web Jab. Kesihatan Kelantan.
teruskan membaca...

Friday, April 30, 2010

..xray+mri=ACL...

adakah seperti ini? aku tak sedar okeh! tapi..ni mmg gambo ACL surgery dan aku ada kesan2 luka ditempat seperti alat2 tu ter'tanam'..haishh

hukhukhukhukhuk assalammuaikum. ngee..tuan rumah sesat baru jumpa jalan yang benar. lama tak update sebab aku malas haha sebab pe aku malas sebab aku malas nak pasang wayar2 angkat laptop gerak ke kiri gerak ke kanan hehe.parah bukan? seb baek tak masuk i.c.u . berbalik pada tajuk di atas sebelum ni aku ada cakap lutut aku beralih 180 darjah kan? setelah dua minggu aku bertongkat dan menjalani perubatan tradisional hehe urut dan cubaan kunun2 merentap balek lutut aku yang 'lost' hurmm dan akhirnya menemui jalan hampeh dimana lutut maseh membengkak dan aku tak terdaya berjalan secara normal..setiap 10 langkah aku akan terkedu dan muka akan berkerut menahan saket. maka, aku telah tekad menjalani pemeriksaan huk3 dn hasilnya aku dimarah berbakul2 oleh doktor. setelah menjalani imbasan sinaran x hehe dan juga mendengar tembakan 'machine gun' bersama lagu2 dendangan Backstreet Boys (mri session kui3) HASILLLLL nya!! taziah!! ligament aku koyak begitu juga menicus disc aku.

MyEm0.Com


result yang memang aku jangka sejak ditimpa kecederaan ini. aku aku aku nanes la jugak. aku nanes bukan sebab saket.
aku sedey gile masa doktor tu consult aku sama ada aku nak buat atau tak pembedahan. mata aku mula berkaca2 huk2 bila doktor cakap 'if u dont want to do this surgery, u can go for rehab. but then have to stop from playing futsal and all games' perghh..simple jek ayat doktor tu. mata aku yg dah ada 'kaca' ni cuba ditahan2 dari 'pecah'. bukak pintu keluar bilik dia aku cuba cool huhu sambil kepala pikir2 nak buat tak surgery ni. aku duduk jek seseorang mendekati aku i might say dia 'sahabat' aku dan jugak opismate aku, tanya apa doktor cakap. terus air mata aku mengalir. dodol ko..tak leh sabar kew nak tanya aku jap2 lagi. warghhhhh... doktor nak result in 2-3 hours sama ada aku nak buat atau tidak surgery. AKHIRNYA..aku memutuskan untuk berada di OPERATION THEATER selama 3 jam pada keesokan harinya.

MyEm0.Com


Aku masuk O.T dalam kul 8++..aku dibawa keluar aku rasa ada orang tepuk bahu ckp da siap. (aku yang blur?..da siap?? apakah? aku bukak mata..bebtol nampak jam dinding yang aku rasa mcm ada sepoloh depan mata aku. aku try pokes..dah pukul 11++) owhh ok aku rasa kaki kiri aku berat sangat. sedey sey. tetiba. aku rasa aku seperti berada di Gunung Everest (kah3) serius aku mengalami kesejukan melampau. aku gitau nurse2 aku sejuk, dorang pun bagi aku blanket. badan aku mengeletar2, gigi dah berlaga2..sampai la aku pakai 3 blanket. perghhh..sejokkkk!! aku mcm nak mintak blanket laie. tapi tapi tapi aku rasa mcm menyusahkan dorang pulak..huhu aku tahankan hampir satu jam jugak la aku berada di 'gunung everest' dah ilang sejok. aku rasa saketttt..maybe ubat bius dah mula hilang. sakettt sakettt dan sakeettt. aku try la tahan. berkerut2 muka aku. tapi aku tak mampu nak tahan. aku pun panggil nurse.. nurse! nurse! nurse! hehe tipo lah aku tekan button jew kahkahkahakah aku ckp nurse saket ni tak bole blah apa pun tak boley nie huhu. nurse tu terus intebiu aku ada rasa nak muntah? takde2 tade rasa pape rasa sakit tak terhingga jek pat lutut ni. dia pun angguk2 kepala. suruh aku tahan sket. dia bagi ubat. aku pun ha ye lah. ada lah setengah jam aku tunggu (poyo stgh jam ntah2 5 minit pun aku rasa stgh jam masa tu ha2)
aku tekan laie button, eh nurse shaye bebtol saket nie. aduiiiyaii wat la something tadi kata nak bg ubat. akhirnya..cecair epidural telah dimasukkan kedalam badan aku, tapi 1 jam gak aku tahan sakit. sebab ubat tu bagi kesan lepas 1 jam. aku ni asek tgk jam je la..dah masuk EPIDURAL baru aku leh lelap mata. Sepanjang epidural masuk lam badan aku, aku rasa mata aku ni tak bole langsung nak bukak, member2 dtg pun aku nak terlelap..haha haishhhh! walau da masuk ubat tu aku maseh rasa kaki aku saket sgt, nak gerak tak bole, rimas..dan yang akuuuuu rasa aku sgtttt trauma..aku smpi takut nak tido setelah beberapa kali aku tido aku asek mimpi main bola la, jogging la..huarghhhh tensen...setiap kali aku mimpi aku akan tersentak dan tersedar..kaki yang baru dbedah ni pun mcm tersentap!!!! aku terangkat kaki tersebut kesan dari mimpi2 yang mengarut tu

MyEm0.Com


sakettttttttttt!!!! sakettt!! mcm nak ikat jek kaki ni sob2 masa tu aku pikir. giler la..kalau la aku tahu mcm ni aku tak nak buatt pembedahan niiii..aku terlantar selama 3 hari di hospital tersebut dan sgt trauma nak tido trauma mimpi main bola dan mimpi seangkatan dengannya sekiannn~majulah sukan untuk negara
teruskan membaca...

Saturday, April 3, 2010

dan andai....


...dan andai matahari bersinar...
...aku tahu kau juga merasakan panahannya...

...dan andai bulan bertamu....
..aku yakin kau juga melihat sinarannya..

..dan andai bintang mampu menemani bulan..
..aku pasti kau akan sentiasa ditemani..

..dan andai bahagia itu menegur aku...
..aku tahu ia akan pergi..

..dan andai semua impian hanya mimpi..
..aku simpan semua rasa...

..dan andai aku dingin dan sepi...
..aku pinta jangan ditanya mengapa...

..dan andai aku menangis dan bersedih..
..aku tahu bukan kau lagi tempat diadu...

..dan andai aku seorang....
..aku hanya ditemani diriku...

..dan andai hari yang mendatang...
..aku tiada ruang, angin berhembus......
..aku titip kasih,sayang..cinta yg tak pernah hilang....

teruskan membaca...

Thursday, March 25, 2010

.............netballers................


huhuhu~ilustrasi semata2

Salam, lama tak update keh3..aku cedera

MyEm0.Com

lutut aku berpusing 180 darjah. huk3 sadis betol. Disebabkan lutut aku yang cedera, tgn yang memegang tongkat, otak runsing mengenangkan kecederaan melanda diri. Maka aku tak mampu nak menaip huruf2 dilaptop nims.aku pun da tak tau nak tulis apa, papepun aku nak ucapkan tahniah pada kontijen dari Wilayah Persekutuan kerana menjadi johan bagi Kejohanan MAKSAK Bola Jaring 2010. Pada kontijen Johor, ngeee~~ ramai pulops yang injured. anyway tahniah jugak la sebab takde la terok sangat khen result hahaha

MyEm0.Com

(ketawa jahat) lepas jugak la target korang masuk suku akhir bertemu johan kejohanan tahun lepas kih3. Sajak la tu ngan team yang aku rasa completed di saat terakhir. huhu bole nak pergi ada 5-6 player gitew. dah dua hari nak bertolak baru dapat full squad. huhu sadis. Tahun depan, harapan dari aku awal2 la form team, training, fitness kena terbaekk. (sebab pelik la kan, takkan tiap2 tahun target sama jek masuk suku akhir, sedih betol la..harap2 MSN dan orang2 yang terlibat peka huhu). Hurmm JUMPA NEXT YEAR??

MyEm0.Com


(sambey toleh lutut aku, bole pakai laie tak nims?? warghhhhhhh FUTSAAAAAAAALLLL

MyEm0.Com


nota kaki : cik shalina, urrm arward hantar bole? berat la. tgn lenguh layan tongkat kohkohkohkohkoh

teruskan membaca...

Friday, March 19, 2010

Depth Of Field


Salam.. nak share sket pasal ilmu fotografi. Aku pun masih belajar. Banyak perlu dibelajar. Ini adalah salah satu ilmu yang perlu difahami antara asas-asas dalam bidang fotografi agar gambar2 yang dihasilkan memberikan kesan yang baik. ngee~~ teruskan belajar. Apa kepentingan Depth Of Field (DOF) dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Nilai F yang tinggi contohnya F22) akan menyebabkan DOF yang luas. manakala nilai F yang rendah (contohnya F1.2) akan menghasilkan DOF yang nipis / cetek (shallow/narrow). istilah bokeh itu sendiri amat subjektif. "bokeh" umumnya ditakrifkan sebagai keadaan "penghilangan" latar belakang oleh kamera dengan bukaan bilah aperture (blade).

Kebanyakan photog keliru dengan istilah nilai F yang besar dan F yang kecil. Aperture yang besar bermaksud nombor F yang rendah (contohnya F1.2, F2 dan seumpamanya). Manakala aperture yang kecil bermaksud nombor F yang besar (contohnya F20, F36 dan seumpamanya).

Umumnya, photog lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, photog potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.

Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yaang objektif. ia lebih bersifat subjektif. saya secara peribadi juga tidak tahu bagaimana bokeh yang baik (nice or creamy bokeh) dan bokeh yang tidak baik. tetapi, melalui pembacaan blog-blog atau review di internet mahupun bahan bacaan lain, lensa yang terbaik dalam penghasilan bokeh yang paling baik adalah lensa Canon EF 85mm f1.2L. Lensa ini juga digelar King of Bokeh.

Ditegaskan sekali lagi, penghasilan bokeh TIDAK hanya bergantung kepada nilai aperture semata-mata. Panjang Fokal (Focal Length) lensa yang digunakan dan jarak objek ke snsor juga perlu diambil kira.

nota kaki : credit to saudara ikramhakim-photomalaysia
teruskan membaca...

Tuesday, March 16, 2010

aku sibuk kerana......


tangan si.....ikan kembung haha(candid) hahaha

beberapa pemain yg kehilangan arah haha

selamat hari selasa huhu..hari yang penat ah bagi aku. pagi training. petang training. malam frenly.pagi tadi aku dtg lmbat haha maka kena lari 10 round padang dengan laju. bole? haha "awak dtg kul bape ni? lari 10 round sampai centre third tows" (lega lam hati ingat padang besar haha) ayat lum habes.."lari laju" wakakakaka..coach aku mmg garang. yea dua minggu terakhir ni aku sibuk sebab aku main bola jaring.muahahahaha dah berkurun kots aku tak main bola jaring sejak dua menjak tiga menjak main futsal lansung tak join netball kihkihkih. team kali nims dah mcm reunion pun yea gaks haha ada antara mereka adalah teammates aku masa sekulah2 kih3 dan masuk liga2 di sekitar bandar selatan nims. dah ramai netballers nims status mereka da bertukars uhuks mereka tidak lagi 1! ada yang 1+1, 1+1+1/2 1+1+1, 1+1+2, haha teringat dulu(saat kegemilangan)haha duk gelak berbual.dan dialog nyer "agak2 laie 2-3 tahun mesti ko datang padang bawak anak kan, sibuk nak kejar bola kejar anak sekali, tak pun tepon2 ko nak ajak masuk game ko ckp tak leh aku peknen" muahaha yea yea maka perbualan tersebut da pung menjadi kenyataan.
netball nims tak boleh blah beb penatnya haha, seluruh badan digunakan. futsal guna kaki dan badan jek kots. ni netball pusing, lompat, kejar, kaki tangan mulut shumer guna kah3. dan malam ni tahniah frenly yang agak challenging kihkih sakit lutut woo kontrol foot work. lompat. turn. jerit2.lupa pulops nak tanya baper score nya. frenly tadi saja nak tengok combination one team. huh! main mcm ribut penat ahhhhhhhhhhh..penatttt..hahah dah la aku nak tidow. esok pasti kena dera laie.(aish). selamat malam. ahaksss..
teruskan membaca...

Sunday, March 14, 2010

rindu SAJ FC clan..hohoho

ngeee~~miss mo travel sama2 ramai2 (sapo tado lam gambo bangun lambat)
terasa bagaikan 'ayam' yang sedang pandang penuh kelazatan oleh pihak lawan haha. selangor team. n we r d only futsal women club take part in dis game hoho..


briefing~~

second year of participation~bukan full teamates nims

alopzz..besh nya cuti tak yah gi keje. haha. dari khamis lepas aku tak gi keje, kehkehkehkeh..best woo. (tapi agak busan sebab rasa sorang sob sob sob). Nape aku tak gi keje? aku bz maka aku tak leh gi keje. haha. minggu ni aku outstation melaksanakan tanggungjawab yang buat aku kunun2 bz dari khamis lepas kohkohkoh..Ntah, mcmane tadi aku tetiba rasa lamanya aku tak pergi training futsal. haha padahal dua kali jek. tapi agak lama la. sebab jarak hari yang panjang. Aku main futsal tuk SAJ FC ngee. tak fofular pung huhu. aku join diz club since penubuhan hinggalah sekarang ni. Da masuk 5 tahun. Warghh, lama kan. Aku ingat lagi masa awal2 penubuhan team ni mmg la team 'ayam' haha sebab main mcm ayam atau nama saintifik nyer chicken hehe aku ckp mcm tows sebab kami main di mana ada bola disitu la kami secara 'sepakat membawa berkat' kami kejar bola dan nak tendang bola tu ramai2 haha. boleh juga disamakan seperti 'ikan di kolam' di campak makanan berebutsss mo makan. keh3 dah lama sket alhamdullilah adalah perkembangannya. Bole la sepak2 tapi kekadang sepak angin gaks. huhu. Team futsal aku ada dua coach satu coach player, satu lagi coach goalkeeper ;p. dedua agak giler tapi erkss garang T_T. Disebabkan aku rasa mcm tournament tak banyak di bahagian selatan nie maka team aku pun agak berkurangan sket la training nyer. Sekarang tengah hebat game i-metro tapi team aku tak leh main sebab kami dah terlibat dengan game Futsal Felda Kebangsaan FAM. Dah dua tahun la team aku terlibat ngan game ni tows yang agak terbatas penglibatan kami di game-game luar disebabkan syaratnya hanya dua pemain Felda dibenarkan di dalam satu team huhu. Team aku laks tak suka pecah2 kohkohkoh konon setia la tows haha. Sayang korang la ahaks..minggu ni pun aku tak dapat join training sebab errr..aku ada game netball haha cabutttttttsss

nota kaki : pesal lam 'lappy' aku lebih banyak gambo lama dari yg baru eh..huhu tgh berpikir kohkohkoh..

teruskan membaca...

Saturday, March 13, 2010

............feeling so low.............

Salam ..aku tengah midterm exam. Macam aku cerita sebelum ni, aku nyer preparation untuk sem ni #$@^&%&@%&@#$@%&%. Ya Allah, rasa sangat aku betol2 kalut. Masuk kelas biasa aku baca dulu buku, so bila dalam kelas takde la blur. HOPELESS, aku sendiri tak tau kenapa, satu topic untuk satu subjek pun aku gagal baca sebelum kelas.Hati takut result teruk, tapi aku tak buat apa2. Aku bebetol lost. Aku baca ekonomi. Tak masuk dalam kepala. esok aku nak amik paper math arghhhhhhhh..aku mcm nak lari jek rasa. dada mcm nak pecah. aku bebetol down. buku law aku tak sentuh lagi. huh? apa sey!!! aku bebetol rasa aku sorang.setiap langkah aku nie otak ligat memikirkan rumus2, kes2 yang perlu dihafal, hati pulak tak tenteram, sakit, mcmana nak ilangkan? aku tak leh tido. kejap bangun tgk buku, aku terbaring balik. Ya Allah, aku bebetol nak life aku yang dulu. Tapi masa tak mungkin mampu berputar balik. Apa yang aku ada sekarang itulah yang aku kena hadapi. Hati rasa mcm tak mampu. Sampai satu malam aku rasa sakit sangat pat ulu hati, gastrik ke? ke hati aku sakit? ke apa ke? tapi mmg aku tak tahan. Sampai nak menangis, nak menangis sebab sedih ke nak menangis sebab sakit? Ntah la. Dah la smpi sini jek, hati aku masih sakit. Otak dan badan penat. Kepada mereka yang aku sakiti aku minta maaf. Pada yang fikir aku punca life dia tunggang langang sebab aku aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf...jika jalan terbaek aku keluar dari life korang..aku akan lakukan sebab sakit nie aku sendiri da tak tertanggung
teruskan membaca...

Thursday, March 11, 2010

ISO , Aperture, Shutter Speed


ISO.

ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.

Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.

ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Shutter Speed.

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.

Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.

Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture.

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.

Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus).


Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).

nota kaki : credit to saudara ikramhakim-photomalaysia
teruskan membaca...

Related Posts with Thumbnails