BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Depth Of Field


Salam.. nak share sket pasal ilmu fotografi. Aku pun masih belajar. Banyak perlu dibelajar. Ini adalah salah satu ilmu yang perlu difahami antara asas-asas dalam bidang fotografi agar gambar2 yang dihasilkan memberikan kesan yang baik. ngee~~ teruskan belajar. Apa kepentingan Depth Of Field (DOF) dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Nilai F yang tinggi contohnya F22) akan menyebabkan DOF yang luas. manakala nilai F yang rendah (contohnya F1.2) akan menghasilkan DOF yang nipis / cetek (shallow/narrow). istilah bokeh itu sendiri amat subjektif. "bokeh" umumnya ditakrifkan sebagai keadaan "penghilangan" latar belakang oleh kamera dengan bukaan bilah aperture (blade).

Kebanyakan photog keliru dengan istilah nilai F yang besar dan F yang kecil. Aperture yang besar bermaksud nombor F yang rendah (contohnya F1.2, F2 dan seumpamanya). Manakala aperture yang kecil bermaksud nombor F yang besar (contohnya F20, F36 dan seumpamanya).

Umumnya, photog lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, photog potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.

Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yaang objektif. ia lebih bersifat subjektif. saya secara peribadi juga tidak tahu bagaimana bokeh yang baik (nice or creamy bokeh) dan bokeh yang tidak baik. tetapi, melalui pembacaan blog-blog atau review di internet mahupun bahan bacaan lain, lensa yang terbaik dalam penghasilan bokeh yang paling baik adalah lensa Canon EF 85mm f1.2L. Lensa ini juga digelar King of Bokeh.

Ditegaskan sekali lagi, penghasilan bokeh TIDAK hanya bergantung kepada nilai aperture semata-mata. Panjang Fokal (Focal Length) lensa yang digunakan dan jarak objek ke snsor juga perlu diambil kira.

nota kaki : credit to saudara ikramhakim-photomalaysia
teruskan membaca...

Thursday, March 11, 2010

ISO , Aperture, Shutter Speed


ISO.

ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.

Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.

ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Shutter Speed.

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.

Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.

Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture.

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.

Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus).


Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).

nota kaki : credit to saudara ikramhakim-photomalaysia
teruskan membaca...

Friday, March 5, 2010

teknik dan cara memegang kamera DSLR :)


halo!!

MyEm0.Com

anda pemilik DSLR? adakah cara anda memegang cameghe anda betul dan tidak memberi masalah terhadap kualiti gambar? hehe..asas penting dalam dunia fotografi/dslr ini adalah cara memegang cameghe. Ianya penting untuk memastikan anda berada dalam keadaan/posisi yang kukuh dan akan menghasilkan kualiti gambar yang "sharp" dan tidak gegar/blur(bukan bokeh ok)

MyEm0.Com


1. cara pertama ni salah - cara ini akan menyebabkan ada penat dan mengalami sakit belakang / bila penat gambo mesti tak 'cun'

2. tangan kiri kontrol bhgn bwh lens, tgn kanan control shutter/dial etc. kedua-dua siku perlu dirapatkan ke dada bagi memastikan posisi kita lebih stabil bila release shutter


3. cara ini juga salah. anda tidak digalakkan mengepak semasa mengambil gambar. tgn kiri juga perlu mengawal bhgn bawah lens, jika sebaliknya anda akan menambah bebanan kepada dslr anda.

4. cara asas memegang kamera

5.

6.
cara kelima dan keenam adalah cara "unorthodox" kamera diletakkan di bahagian dada sebelah kiri, di bahagian bawah bahu sedikit agar denyutan jantung tidak menganggu kestabilan dslr anda.


7. kesalahan dalam memegang dslr posisi menegak

8.

9.

10.
cara #8, # 9, #10 , adalah kedudukan/posisi yang baik memegang dslr anda dalam keadaan menegak.

11. cara berdiri semasa mengambil gambar. kaki kiri digerakkan/dilangkahkan kehadapan sedikit agar kedudukan anda lebih stabil.

12.

13.

14.
cara #12, #13, #14, kita boleh menggunakan 'props' kihkih disekeliling kita bagi dijadikan support semasa mengambil gambar.


15.

16.
cara #15 & #16 kebiasaan digunakan oleh photog2 mengambil gambar "low angle". pastikan siku anda ditongkatkan ke atas kaki bagi memastikan kestabilan dslr anda.

17. ini adalah ciri2 "penembak tegar" yea kenkawan haha..cara yang betol siku tetap menjadi penyokong dslr anda.


selamat mencuba!!! korang boleh la lepak2 di www.joemcnally.com , www.nikonians.org, www.fotomedia.com.my..untuk mempelajari lebih mendalam pasal photog ni. ada banyak lagi laman2 web berkaitan. tanya pak cik gugel. pelajaran di atas aku amek dari laman2web yang disebutkan. trimas..


nota kaki : rupanya aku pun salah pegang, "pakai petik" jek thehehehhe

MyEm0.Com

teruskan membaca...

Related Posts with Thumbnails