BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 9, 2010

"perbualan mendalam"

adakah biru warna kegemaran kamu?
adakah kamu selalu bercakap benar?
kamu percaya kpd angkasa lepas?
dan sekarang aku sedang 'mengenali' kamu..

adakah kulit kamu kecoklatan seperti aku?
adakah rambut kamu sentiasa tersisir ke tepi?
adakah seseorang telah 'mencuri' sebahagian hati kamu?
dan sekarang aku sedang 'mengenali kamu'..

dan jika kamu tak kisah
boleh tak kamu beritahu aku
semua harapan dan ketakutan
dan segala yang kamu percaya
adakah kamu membuat kelainan di dunia
aku suka kamu bawa aku ke "perbualan mendalam"
hanya kamu sahaja yang boleh

aku biarkan aku "leka" sama kamu
dan berharap kamu pun sama..

dan jika kamu tak kisah
boleh tak kamu beritahu aku
semua harapan dan ketakutan
dan segala yang kamu percaya
adakah kamu membuat kelainan di dunia
aku suka kamu bawa aku ke "perbualan mendalam"
hanya kamu sahaja yang boleh

dan jika kamu tak kisah
boleh tak kamu beritahu aku
semua harapan dan ketakutan
dan segala yang kamu percaya
adakah kamu membuat kelainan di dunia
aku suka kamu bawa aku ke "perbualan mendalam"
hanya kamu sahaja yang boleh

perbualan mendalam
dengan aku(biarkan aku)


nota kaki : aku bukan "abg jem" huhu.
teruskan membaca...

Friday, March 5, 2010

teknik dan cara memegang kamera DSLR :)


halo!!

MyEm0.Com

anda pemilik DSLR? adakah cara anda memegang cameghe anda betul dan tidak memberi masalah terhadap kualiti gambar? hehe..asas penting dalam dunia fotografi/dslr ini adalah cara memegang cameghe. Ianya penting untuk memastikan anda berada dalam keadaan/posisi yang kukuh dan akan menghasilkan kualiti gambar yang "sharp" dan tidak gegar/blur(bukan bokeh ok)

MyEm0.Com


1. cara pertama ni salah - cara ini akan menyebabkan ada penat dan mengalami sakit belakang / bila penat gambo mesti tak 'cun'

2. tangan kiri kontrol bhgn bwh lens, tgn kanan control shutter/dial etc. kedua-dua siku perlu dirapatkan ke dada bagi memastikan posisi kita lebih stabil bila release shutter


3. cara ini juga salah. anda tidak digalakkan mengepak semasa mengambil gambar. tgn kiri juga perlu mengawal bhgn bawah lens, jika sebaliknya anda akan menambah bebanan kepada dslr anda.

4. cara asas memegang kamera

5.

6.
cara kelima dan keenam adalah cara "unorthodox" kamera diletakkan di bahagian dada sebelah kiri, di bahagian bawah bahu sedikit agar denyutan jantung tidak menganggu kestabilan dslr anda.


7. kesalahan dalam memegang dslr posisi menegak

8.

9.

10.
cara #8, # 9, #10 , adalah kedudukan/posisi yang baik memegang dslr anda dalam keadaan menegak.

11. cara berdiri semasa mengambil gambar. kaki kiri digerakkan/dilangkahkan kehadapan sedikit agar kedudukan anda lebih stabil.

12.

13.

14.
cara #12, #13, #14, kita boleh menggunakan 'props' kihkih disekeliling kita bagi dijadikan support semasa mengambil gambar.


15.

16.
cara #15 & #16 kebiasaan digunakan oleh photog2 mengambil gambar "low angle". pastikan siku anda ditongkatkan ke atas kaki bagi memastikan kestabilan dslr anda.

17. ini adalah ciri2 "penembak tegar" yea kenkawan haha..cara yang betol siku tetap menjadi penyokong dslr anda.


selamat mencuba!!! korang boleh la lepak2 di www.joemcnally.com , www.nikonians.org, www.fotomedia.com.my..untuk mempelajari lebih mendalam pasal photog ni. ada banyak lagi laman2 web berkaitan. tanya pak cik gugel. pelajaran di atas aku amek dari laman2web yang disebutkan. trimas..


nota kaki : rupanya aku pun salah pegang, "pakai petik" jek thehehehhe

MyEm0.Com

teruskan membaca...

Wednesday, March 3, 2010

kerusingan dan kebizian

kerunsingan dan kebizian yang melampau melanda aku,

MyEm0.Com

aku tak jumpa jam aku, jam "impossible is nothing" huhu kali terakhir aku pakai masa gi broga hill, pastu aku da tak ingat mana aku letak. satu bilik aku da selongkar, keta pun aku dah tongang terbalik kan pun tak jumpa. sampai termimpi2 aku pasal jam ni. mana ha ko jam? lau leh miskol lama dah aku miskol ko.

MyEm0.Com


jam tu bagi aku perkara kedua sebab baru 2-3 hari ni aku buat operasi mencarinya,sajek menambah kerunsingan aku. perkara selalu bermain dalam pikiran aku, aku dah buat satu benda yang ntah betul ke tak betul ke? aku lari ke dari dia? tak kowt aku saja diam kan diri. sebab? sebab aku sakit untuk terus berada pada tempat tu.

MyEm0.Com

"i'll b there"..banyak kali dah aku dgr. penah ke dia rase dia bebetol ke dia ada masa aku down?when i need someone to hold, to talk and guide me? do u really care? action speaks louder than words. da terlalu banyak yang aku simpan. aku berubah? muhasabah diri sesama. dah tak tau nak explain wat i felt rite now. saham ditutup bercampur2. lau aku ckp per yang wat aku rasa 'sakit' pun tak guna.

MyEm0.Com

ntah la kadang rasa aku ada ke tak da ke sama kowt. u still have ur love one n frens. tak pe lah aku rasa aku dah ok sebab aku kenyang skang ni thehehehehe

MyEm0.Com

esok lusa luka datang lagi baru aku pikir balik. (kejap lagi la tows haha) kerunsingan yang seterusnya pasal mid term aku neyh huk3 lagik seminggu jek warghhh. tapi bila tgk buku jek aku nantok, bila nantok jek sebab aku tgk buku kui3

MyEm0.Com

ketiga-tiga subjek aku kali ni ada mid term. asgmt math lum siap lagi dua soklan hu3. ekonomi nak kena baca, law nak kena hapal. aku sedang menguatkan semangat diri sendiri

MyEm0.Com

haha sebab aku rase preparation semester ni amat dasyat teribble dan trouble nye. aku kurang peka dan leka.tapi aku tak sanggup CGPA aku terus jatuh dan jatuh. kerunsingan yang ketiga ni akan menyebabkan aku bizi menelaah buku2 dan barangkali ketiduran(haish). anyway tadi coach netball aku call, suruh turun training preparation MAKSAK, adess aku nak masuk ke? tambah runsing dan pasti bizi n lazi aku bertambah warghhhhhh

MyEm0.Com

teruskan membaca...

Monday, March 1, 2010

Mentahak, Kota Tinggi...

air yang mengalir dari kaw. berhampiran tapak khemah

Aku gi air terjun haha best pulak dan aku telah melakukan sesuatu diluar akal pikiran aku sendiri muahahaha

MyEm0.Com

buat terjunan (tak de la tinggi mana) tapi bagi aku yang gayat ni. tinggi tows. walaupun agak penat dan besoknya aku terpaksa gi kelas. (terpaksa katanya~tak ikhlas betol). aku bukan pegi Air Terjun, Kota Tinggi yang glamour tows. Aku gi tempat yang best sket, "private' & 'privacy'.tempat ni dorang panggil gunung mentahak, aku pun tak sure la..gunung ke sebab aku tak naik puncak. dorang ckp nak naik puncak makan 1 jam kot, satu jam sampai puncak kategori gunung ke? huhu. nak masuk area air terjun ni kena la lalu ladang kelapa sawit, kemudian masuk sungai2 kecik dan masuk hutan sket baru la sampai. seronok bukan? mcm mengembara laks

MyEm0.Com

so sape nak masuk pakai la selipar atau sandal yang bersesuaian. smpi jek kawasan air terjun, aku follow jek kenkawan yang dah ade pengalaman pergi cari tapak khemah, da siap khemah. huhu pergi mandi~~!!. aku suka tmpt ni sebab agak sunyi la kowt, tak ramai orang. wat hal sendiri. tapi bukan hal yang bukan2 ok ngee~~. dalam kul 6 aku dan rakan2 keluar dari kawasan tersebut, walaupun letih tapi seronok. InsyAllah, aku dan rakan akan datang laie dan bermalam sehari dua thehehehe..best tows! Ada beberapa gambar disertakan air terjun yang tinggi sket aku tak amik..huk3 takut cameghe masuk air ngee~~

perjalanan aku dan rakan bermula~

tempuh sungai dan masuk hutan pulops


my shot before balik~ out of frame eks..lantak la haha


perjalanan pulang sungai terakhir yg ditempuh
teruskan membaca...

Wednesday, February 24, 2010

lensa si cilik~kosmo Genk ( "hidung aku b'darah" haha)


Adek Danial Fitri Md. Yusoof Othman - 7 tahun

karya beliau - hantu dan gajah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

KETIKA ramai kanak-kanak lain sebaya dengannya mungkin sedang sibuk bermain permainan video atau perisian komputer di dalam rumah, ataupun menghabiskan waktu berkejar-kejaran di padang, si cilik ini sudah ada aktiviti eksklusifnya tersendiri.

Bertemankan gajet yang bersaiz dan seberat kira-kira satu per 20 daripada statistik tubuhnya, pandangan mata Danial Fitri Md. Yusoff Othman, 7, sudah menjangkau ke sudut yang paling seni dan mungkin sering diabai kanak-kanak biasa
Minat mendalam yang ditunjukkan Danial itulah yang membawa Kosmo! ke Galeri Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Perasaan asyik dan kagum mengisi ruang pameran fotografi itu tatkala menikmati 30 persembahan foto hasil kreativiti Danial dan gajetnya, kamera Nikon D100.

Dalam pameran bertema Bicara Alam itu, judul-judul bagi karya Daniel begitu unik. Ada yang diberi nama Hantu dan Gajah, Burung di Atas Elektrik, Burung Diri Jauh, Rumah Terbakar dan Monyet Menung. Lebih istimewa, semua judul itu adalah ciptaan murid darjah satu itu sendiri.

Sejak bakatnya dalam skil fotografi mula diasah dari usia 4 tahun, Danial kini sudah memiliki ratusan koleksi gambar yang kebanyakannya bertema haiwan dan alam sekitar.

"Gambar yang paling saya suka ialah Gajah dan Hantu. Yang ini gajah dan yang ini hantu," kata Danial kepada penulis sambil menunjukkan rakaman bayang manusia dan bongkah batu.

Pada mulanya seseorang mungkin tidak dapat membayangkan gajah dan hantu apabila melihat gambar tersebut. Namun, apabila diterangkan sedemikian oleh Daniel, barulah imaginasi mengambil alih lantas batu itu menyerupai seekor gajah sementara bayang manusia pula kelihatan seperti apa yang dipercayai sebagai hantu.

Ternyata si kecil dengan ketinggian 104 sentimeter itu bukan sahaja memiliki bakat mengambil gambar tetapi juga memiliki pandangan luar biasa terhadap apa yang diambilnya.

Teruja dengan kunjungan Kosmo!, Danial berlari mendapatkan kameranya dan menunjukkan aksi-aksinya mengambil gambar. Tangan dan jari-jemari Danial yang kecil tidak menghalangnya untuk mengangkat dan mengendalikan kamera itu laksana seorang jurugambar berpengalaman.

Walaupun lagak dan gayanya mengambil gambar belum mirip jurugambar profesional, namun hasil yang terakam daripada petikan butang kamera itu cukup mengagumkan. Secara tidak langsung ia mencermin peribadi Danial yang gemar memerhati dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam.
Berkenaan pameran tersebut, Danial mengatakan dia senang apabila melihat begitu ramai orang yang berkunjung untuk melihat hasil fotonya.

"Tapi kenapa yang datang semuanya orang dewasa, bukan kanak-kanak seperti saya?" Tanya Danial yang mengundang rasa lucu dan senyuman di bibir yang mendengarnya.

Daniel memberitahu, dia menunggu peluang untuk mengunjungi kawasan berdekatan tasik kerana menurutnya di situ terdapat banyak ikan dan burung. Pemandangan di tasik juga cantik, katanya.

Menurut ibu Danial, Azmatul Hazrin Zaman, 33, anaknya itu sudah menunjukkan minat dalam fotografi sejak berusia empat tahun.

"Jika saya dan suami mengambil gambar, kami sentiasa membawa Danial bersama. Pernah sekali sebelum Danial pandai mengambil gambar, dia tanya pada saya 'apa yang mama sedang buat?'

"Danial juga pernah mengambil kamera saya dan cuba mengambil gambar. Mulanya saya risau dia akan merosakkan kamera tersebut. Namun, apa yang berlaku, Danial pandai mengambil gambar dan hasilnya juga cantik.

"Selepas dia menunjukkan minat, saya dan suami tidak jemu mengajarnya," ujar Azmatul yang turut mewakili perasaan bangga suaminya, Md. Yusoff Othman, 61.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Demikian juga Danial yang mewarisi bakat mengambil gambar dalam bidang fotografi. Azmatul sendiri merupakan seorang jurugambar berpengalaman sementara Md. Yusoff pula ialah bekas pensyarah bidang fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Malah sebelum ini, Azmatul dan Md. Yusoff sudah banyak kali melakukan pameran solo yang menghimpunkan hasil-hasil hebat rakaman lensa mereka.

Sementara itu, pameran fotografi yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pada hari itu boleh diibaratkan pameran sekeluarga.

Bicara Alam turut mempersembahkan karya fotografi Azmatul dan Md. Yusoff.

Menjadikan alam sebagai inspirasi, haluan seni dalam setiap foto yang dipamerkan banyak bermain dengan aspek seni melalui penggunaan motif, ikon dan metafora.

Md. Yusoff memberitahu, kebiasaannya Kampung Sekinchan, Selangor menjadi tempat mereka membawa Danial mengambil gambar.

"Di situ banyak burung-burung dan sawah padi. Selain itu, saya akan bawa Danial ambil gambar dekat kampung saya iaitu Kampung Sri Kendong, Negeri Sembilan," katanya yang juga memiliki seorang anak lelaki yang juga gemar mengambil gambar iaitu Darius Feroz, 2.

Tetapi dakwa Md. Yusoff, Darius masih belum pandai mengambil gambar yang cantik. Si bapa ini berseloroh, buat masa ini Darius tahu mengangkat dan menekan punat kamera sahaja.

Danial yang sememangnya petah bercakap pernah bertanya dengan Azmatul kenapa kadangkala gambar yang diambilnya tidak cantik. Dia memberitahu kameranya sudah rosak. Walhal, gambar yang diambilnya itu kabur gara-gara getaran tangan.

Akhirnya, Azmatul membeli Danial tripod untuk memudahkannya mengambil gambar. Azmatul menambah, kini Danial sudah pandai menentukan aperture dan kelajuan shutter dengan sendiri
Memetik kata Alimuddin yang berharap Danial akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain melalui pameran fotografi tersebut, banyak yang boleh disimpulkan.

Bukan sahaja contoh buat kanak-kanak, malah ia menjadi iktibar kepada golongan ibu bapa. Pemupukan intelek, bakat dan minat terhadap aktiviti yang berfaedah memang perlu dimulakan pada usia muda.

"Satu hari nanti saya nak jadi jurugambar yang hebat," kata Danial yang nyata memandang jauh soal impian dan cita-cita.

Ehsan dari Kosmo Online - GenK

nota kaki - 'hidung aku berdarah' masa baca artikel ni, dia pandai setting aperture and speed sendiri hukhukhuk..aku ni terkial2 laie. Akak reporter ni sik cakap D100..strap cameghe dier aku tgk D200? garuk dagu..
teruskan membaca...

Tuesday, February 23, 2010

Mari Belajar Cakap Sabah


Salam~!! Aku bukan budak sabah~~ haha tapi saja nak kongsi beberapa perkataan yang aku belajar. Belajar pun dengan men'gugel' muahehe dan bertanya2 la ngan budak sabah sendiri. Jangan heran kenapa aku belajar cakap sabah, saja tambah ilmu huhu and slang dorang ni mcm best pulak wakakaka no offense (aku puji taw nie ;p). Sa ni masi tingu2 mana2 blog & forum2 sabahan, balajar bah, mana tau sa tarjumpa sama marsha bule la tu bual2 kan? kan? muahehehe

MyEm0.Com

sekali belajar mesti nak tau banyak lagi, haha so aku bagi beberapa la yang setakat ni aku tau


1. sa/sia = saya
2. tia / nda / inda = tak / tak nak
3. bubut = kejar
4. mangkali = barangkali
5. limpas = tumpang lalu
6. sajuk = sejuk
7. bahai = beg plastik
8. karit = kedekut
9. tapuk = sembunyi
10. kamurang = korang
11. urang = orang
12. surang = sorang
13. siok = best
14. kana = kena
15. panat = penat
16. gali hati sa = geli hati aku ;p
17. tachut / palis2 - jauh kan / touch wood haha
18. sikijap = sekejap
19. bilang = cakap
20. tingu = tengok
21. lakas = lekas
22. tuli = pekak
23. gol = mampus / mati haha (aku sedang ketawa smpi keluar air mata ni taip ni)
24. teda = tak ada
25. matai = mati cth - matai sa bah.. = mati la aku..
26. buyuk = tipu / ngelat
27. karan = karen la haha pe ek malay?? huhu ha elektrik
28. ging - geng/kawan
29. sigup - rokok ;p
30. sumandak = awek
31. kunun = konon
32. arai maiti = cheers~~! (aku maseh konpius penggunaannya tapi suka diz word ;p)
33. kompom = confirm
34. kasi = beri
35. bikin panas = buat org marah
36. bancik oo sa = benci taw aku haha
37. tembirang = temberang
38. tuu na = sana
39. paning = pening
40. palui = bodoh
41. timbak ko = tembak kau
42. basar = besar
43. padih = pedih
44. ketulahan = kena tulah / kena daulat
45. kedapatan = kantol
46. kapus2 = tak cukup napas/ termengah2
47. sungkai = buka puasa
48. palan2 = pelan2
49. jua = juga
50. bisuk = besok

okies, ni jak sa kasi post dulu ha..sama2 balajar yuk hehehe enjoy video tu ha,sa gelak targuling2 owh tingu video tuMyEm0.Com

teruskan membaca...

Saturday, February 20, 2010

misi aku gagal :(

hepi weekend!! hepi ke?? haha dalam otak aku cuma pikir buku, asgmt ngan keje opis yang terbengkalai. Since kelas terakhir aku attend hampir sebulan yang lalu, buku tak disentuh, asgmt tak pun aku tengok. Aku mmg cari nahas

MyEm0.Com


aku keluar rumah dan menuju ke ofis dengan tujuan nak buat kerja opis danmembaca buku. Sebelum masuk opis aku gi tapau makanan, dah makan ngantuks la pulak!! Hampeh betol, tapi aku sambung jugak misi aku buat kerja opis

MyEm0.Com

ramai jugak yang dtg bekerja memandangkan banyak jabatan kena audit pada hari isnin, sibuk meng'hupdate' operation manual dan hal-hal berkaitan. Aku laks beria2 aku target kul 6 dah siap. So bole baca buku, keje aku tak siap2 warghhhhhhh..buku?? aku bebetol malas..sgt malas..apa nak jadik arr ngan aku??

MyEm0.Com

Aku keluar opis agak lewat dan terus pulang ke rumah. Keje opis aku tak siap dan buku masih tidak dibaca. Maka misi aku gagal sebenarnya bukan gagal arini je, bole dikatakan target minggu ni terbang melayang ke kerajaan langit Ayah Pin. huh!!.

teruskan membaca...

Friday, February 19, 2010

aiskrim malaysia atau aiskrim batang malaysia :)

aiskrim m'sia @ aiskrim batang m'sia
credit to raziffphotomatuer

hello. ok korang panggil aiskrim ni apa? aiskrim malaysia ke aiskrim batang malaysia?? aku panggil dgn nama kedua :).. aku tau ada yang anggap nama ia agak 'kurang sopan' or 'double meaning' tapi mmg dari kecik aku panggil aiskrim tersebut dengan nama tu..dulu harga 10 sen zmn aku sekolah la sekarang dah 20 sen kot dah kurang 'ketinggian' dari zaman aku nyer version hehehe..
kalau dulu balik sekolah, aku akan jadi pelari pecut dengan memakai pinafore sekolah bersama beg mcm bawak batu 10kilo (belum ada jadual anjal masa tu). berlari semata2 nak berebut aiskrim ni lah perasa santan sebab kalau lambat kompom habes!! dah lah berlari pecut bersama bebanan (konon), smpi2 nak kena berasak pulak tu haha giler ah mak cik tu selalu pilih kasih, aku tau aku tak comel jadik dier serbis lambat2 sket kah3...

kalau aku tak dapat beli aku akan melangkah longlai pulang ke rumah. Jiran aku ada jual tapi tade perasa tersebut haha sebab tu beria2 kalau teringin nak makan aku ngan rakan2 akan jadi pelari pecut negara..sedap beb! lagik kalau hari panas..huuu sedut smpi kempong pipi tapi sekarang ni susah la mo jumpa orang jual aiskrim ni lagi kalau kawasan perumahan bandar tapi kalau pat sekolah2 adek jek kot makcik2 jual huhuhu korang tahu napa aku buat entry nie? haha sebab kawan aku tak kenal aiskrim ni haha , uit yau, ni la aiskrim malaysia atau aiskrim batang malaysia :) biasanya dijual dengan berbagai perasa kacang hijau, kacang merah, koko, anggur dan paling top perasa asam boi!..jangan salah paham yea
teruskan membaca...

Thursday, February 18, 2010

aku dengan akak 'pos laju'

pos laju atau nation wide express?? aku tak pasti..yang pasti aku nak barang smpi esok. aku kol bahagian pentadbiran opis aku tanya opis nation wide di mana? setelah berbual hampir 10 minit, aku gagal mengintepritasikan data yang diberikan ke dalam otak aku. huh! mmg sengal kalau nak ingat2 jalan neyh..aku keluar bersama rakan sekerja dgn tujuan bersarapan dan mengular(aku nak pos barang okay!)
Selepas bersarapan aku menuju ke sebuah syarikat buku dan alat tulis, brg yang dibeli terpaksa dirahsiakan ;p. Aku terus ke pejabat pos yang hanya 10 langkah dari kedai tersebut.

aku terus ke kaunter dan sapa kakak di situ.

aku : kak, nak tanya pos laju kalau ke........besok bole sampai tak?

akak pos laju : bandar ke pedalaman tu?

aku : bandar la kot...dekat sini ha..

akak pos laju : awak nak hantar apa

aku : parcel kak...

akak pos laju : ke rumah ke? atau ke opis

aku : aku pilih jawapan kedua

akak pos laju : esok eh? esok tak bole la..opis tutup.

aku : kepala senget, tgn garuk dagu~nape tutup eh kak ?

akak pos laju : kalau opis la, esok tutup.

aku : masih blur, otak ligat berpikir public holiday ke esok..~aku tanye lagi..pos laju memang tade ekh besok?

akak pos laju : ada , opis yang awak nak hantar tu tutup la kan.

aku : arghhhh..esok negeri tersebut de cuti hape pulak neyh!! sedang aku berpikir. aku bebetul kusut. aku sambung tanya. esok de pe eh pat sana? cuti pe ha

akak pos laju : eh cuti la kan..ke opis dier half day?

aku : half day? aku tambah blur...garuk2 kepala

akak pos laju : eh ari ni hari apa eh?

aku : dengan penuh kaseh sayang aku menjawab, hari ini hari khamis kak, esok jumaat. sambil senyum. mata kelip2 pandang die.

akak pos laju : eh, akak ingat hari hari jumaat..sori2. sambil ketawa, apa poskod nyer tadi?

aku : heeeeee...yeaaaa kak arini ari khamis, poskod bla bla bla..

akak pos laju : ha bole2 esok smpi. sambil bagi form pos laju..

aku : terima kasih kak
MyEm0.Com (terima kasih atas layanan dan perbualan yg hampir 15minit tadi


p/s : aku tak pos pun brg tersebut, di pejabat pos tuwh! haha

teruskan membaca...

Related Posts with Thumbnails