
Salam.. nak share sket pasal ilmu fotografi. Aku pun masih belajar. Banyak perlu dibelajar. Ini adalah salah satu ilmu yang perlu difahami antara asas-asas dalam bidang fotografi agar gambar2 yang dihasilkan memberikan kesan yang baik. ngee~~ teruskan belajar. Apa kepentingan Depth Of Field (DOF) dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Nilai F yang tinggi contohnya F22) akan menyebabkan DOF yang luas. manakala nilai F yang rendah (contohnya F1.2) akan menghasilkan DOF yang nipis / cetek (shallow/narrow). istilah bokeh itu sendiri amat subjektif. "bokeh" umumnya ditakrifkan sebagai keadaan "penghilangan" latar belakang oleh kamera dengan bukaan bilah aperture (blade).
Kebanyakan photog keliru dengan istilah nilai F yang besar dan F yang kecil. Aperture yang besar bermaksud nombor F yang rendah (contohnya F1.2, F2 dan seumpamanya). Manakala aperture yang kecil bermaksud nombor F yang besar (contohnya F20, F36 dan seumpamanya).
Umumnya, photog lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, photog potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.
Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yaang objektif. ia lebih bersifat subjektif. saya secara peribadi juga tidak tahu bagaimana bokeh yang baik (nice or creamy bokeh) dan bokeh yang tidak baik. tetapi, melalui pembacaan blog-blog atau review di internet mahupun bahan bacaan lain, lensa yang terbaik dalam penghasilan bokeh yang paling baik adalah lensa Canon EF 85mm f1.2L. Lensa ini juga digelar King of Bokeh.
Ditegaskan sekali lagi, penghasilan bokeh TIDAK hanya bergantung kepada nilai aperture semata-mata. Panjang Fokal (Focal Length) lensa yang digunakan dan jarak objek ke snsor juga perlu diambil kira.
nota kaki : credit to saudara ikramhakim-photomalaysia
teruskan membaca...
Friday, March 19, 2010
Depth Of Field
Posted by soul11 at 5:18 AM 0 comments
Labels: photography
Tuesday, March 16, 2010
aku sibuk kerana......
tangan si.....ikan kembung haha(candid) hahaha
beberapa pemain yg kehilangan arah hahanetball nims tak boleh blah beb penatnya haha, seluruh badan digunakan. futsal guna kaki dan badan jek kots. ni netball pusing, lompat, kejar, kaki tangan mulut shumer guna kah3. dan malam ni tahniah frenly yang agak challenging kihkih sakit lutut woo kontrol foot work. lompat. turn. jerit2.lupa pulops nak tanya baper score nya. frenly tadi saja nak tengok combination one team. huh! main mcm ribut penat ahhhhhhhhhhh..penatttt..hahah dah la aku nak tidow. esok pasti kena dera laie.(aish). selamat malam. ahaksss..
Posted by soul11 at 11:08 PM 0 comments
Sunday, March 14, 2010
rindu SAJ FC clan..hohoho
second year of participation~bukan full teamates nims
alopzz..besh nya cuti tak yah gi keje. haha. dari khamis lepas aku tak gi keje, kehkehkehkeh..best woo. (tapi agak busan sebab rasa sorang sob sob sob). Nape aku tak gi keje? aku bz maka aku tak leh gi keje. haha. minggu ni aku outstation melaksanakan tanggungjawab yang buat aku kunun2 bz dari khamis lepas kohkohkoh..Ntah, mcmane tadi aku tetiba rasa lamanya aku tak pergi training futsal. haha padahal dua kali jek. tapi agak lama la. sebab jarak hari yang panjang. Aku main futsal tuk SAJ FC ngee. tak fofular pung huhu. aku join diz club since penubuhan hinggalah sekarang ni. Da masuk 5 tahun. Warghh, lama kan. Aku ingat lagi masa awal2 penubuhan team ni mmg la team 'ayam' haha sebab main mcm ayam atau nama saintifik nyer chicken hehe aku ckp mcm tows sebab kami main di mana ada bola disitu la kami secara 'sepakat membawa berkat' kami kejar bola dan nak tendang bola tu ramai2 haha. boleh juga disamakan seperti 'ikan di kolam' di campak makanan berebutsss mo makan. keh3 dah lama sket alhamdullilah adalah perkembangannya. Bole la sepak2 tapi kekadang sepak angin gaks. huhu. Team futsal aku ada dua coach satu coach player, satu lagi coach goalkeeper ;p. dedua agak giler tapi erkss garang T_T. Disebabkan aku rasa mcm tournament tak banyak di bahagian selatan nie maka team aku pun agak berkurangan sket la training nyer. Sekarang tengah hebat game i-metro tapi team aku tak leh main sebab kami dah terlibat dengan game Futsal Felda Kebangsaan FAM. Dah dua tahun la team aku terlibat ngan game ni tows yang agak terbatas penglibatan kami di game-game luar disebabkan syaratnya hanya dua pemain Felda dibenarkan di dalam satu team huhu. Team aku laks tak suka pecah2 kohkohkoh konon setia la tows haha. Sayang korang la ahaks..minggu ni pun aku tak dapat join training sebab errr..aku ada game netball haha cabutttttttsss
nota kaki : pesal lam 'lappy' aku lebih banyak gambo lama dari yg baru eh..huhu tgh berpikir kohkohkoh..
Posted by soul11 at 9:05 AM 0 comments
Saturday, March 13, 2010
............feeling so low.............
Posted by soul11 at 4:14 PM 0 comments
Thursday, March 11, 2010
ISO , Aperture, Shutter Speed
ISO.
ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.
Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.
ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.
Shutter Speed.
Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.
Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.
Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.
Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).
Aperture.
Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.
Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.
Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus).

Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).
nota kaki : credit to saudara ikramhakim-photomalaysia
Posted by soul11 at 5:07 PM 0 comments
Labels: photography
Tuesday, March 9, 2010
"perbualan mendalam"
adakah biru warna kegemaran kamu?adakah kamu selalu bercakap benar?
kamu percaya kpd angkasa lepas?
dan sekarang aku sedang 'mengenali' kamu..
adakah kulit kamu kecoklatan seperti aku?
adakah rambut kamu sentiasa tersisir ke tepi?
adakah seseorang telah 'mencuri' sebahagian hati kamu?
dan sekarang aku sedang 'mengenali kamu'..
dan jika kamu tak kisah
boleh tak kamu beritahu aku
semua harapan dan ketakutan
dan segala yang kamu percaya
adakah kamu membuat kelainan di dunia
aku suka kamu bawa aku ke "perbualan mendalam"
hanya kamu sahaja yang boleh
aku biarkan aku "leka" sama kamu
dan berharap kamu pun sama..
dan jika kamu tak kisah
boleh tak kamu beritahu aku
semua harapan dan ketakutan
dan segala yang kamu percaya
adakah kamu membuat kelainan di dunia
aku suka kamu bawa aku ke "perbualan mendalam"
hanya kamu sahaja yang boleh
dan jika kamu tak kisah
boleh tak kamu beritahu aku
semua harapan dan ketakutan
dan segala yang kamu percaya
adakah kamu membuat kelainan di dunia
aku suka kamu bawa aku ke "perbualan mendalam"
hanya kamu sahaja yang boleh
perbualan mendalam
dengan aku(biarkan aku)
nota kaki : aku bukan "abg jem" huhu.
Posted by soul11 at 11:58 AM 0 comments
Labels: lyric translations
Friday, March 5, 2010
teknik dan cara memegang kamera DSLR :)
3. cara ini juga salah. anda tidak digalakkan mengepak semasa mengambil gambar. tgn kiri juga perlu mengawal bhgn bawah lens, jika sebaliknya anda akan menambah bebanan kepada dslr anda.
4. cara asas memegang kamera
5.
6.
cara kelima dan keenam adalah cara "unorthodox" kamera diletakkan di bahagian dada sebelah kiri, di bahagian bawah bahu sedikit agar denyutan jantung tidak menganggu kestabilan dslr anda.
7. kesalahan dalam memegang dslr posisi menegak
8.
9.
10.
cara #8, # 9, #10 , adalah kedudukan/posisi yang baik memegang dslr anda dalam keadaan menegak.
11. cara berdiri semasa mengambil gambar. kaki kiri digerakkan/dilangkahkan kehadapan sedikit agar kedudukan anda lebih stabil.
12.
13.
14.
cara #12, #13, #14, kita boleh menggunakan 'props' kihkih disekeliling kita bagi dijadikan support semasa mengambil gambar.
15.
16.
cara #15 & #16 kebiasaan digunakan oleh photog2 mengambil gambar "low angle". pastikan siku anda ditongkatkan ke atas kaki bagi memastikan kestabilan dslr anda.
17. ini adalah ciri2 "penembak tegar" yea kenkawan haha..cara yang betol siku tetap menjadi penyokong dslr anda.
selamat mencuba!!! korang boleh la lepak2 di www.joemcnally.com , www.nikonians.org, www.fotomedia.com.my..untuk mempelajari lebih mendalam pasal photog ni. ada banyak lagi laman2 web berkaitan. tanya pak cik gugel. pelajaran di atas aku amek dari laman2web yang disebutkan. trimas..
nota kaki : rupanya aku pun salah pegang, "pakai petik" jek thehehehhe
Posted by soul11 at 9:15 AM 0 comments
Labels: photography
Wednesday, March 3, 2010
kerusingan dan kebizian
jam tu bagi aku perkara kedua sebab baru 2-3 hari ni aku buat operasi mencarinya,sajek menambah kerunsingan aku. perkara selalu bermain dalam pikiran aku, aku dah buat satu benda yang ntah betul ke tak betul ke? aku lari ke dari dia? tak kowt aku saja diam kan diri. sebab? sebab aku sakit untuk terus berada pada tempat tu.
"i'll b there"..banyak kali dah aku dgr. penah ke dia rase dia bebetol ke dia ada masa aku down?when i need someone to hold, to talk and guide me? do u really care? action speaks louder than words. da terlalu banyak yang aku simpan. aku berubah? muhasabah diri sesama. dah tak tau nak explain wat i felt rite now. saham ditutup bercampur2. lau aku ckp per yang wat aku rasa 'sakit' pun tak guna.
ntah la kadang rasa aku ada ke tak da ke sama kowt. u still have ur love one n frens. tak pe lah aku rasa aku dah ok sebab aku kenyang skang ni thehehehehe
esok lusa luka datang lagi baru aku pikir balik. (kejap lagi la tows haha) kerunsingan yang seterusnya pasal mid term aku neyh huk3 lagik seminggu jek warghhh. tapi bila tgk buku jek aku nantok, bila nantok jek sebab aku tgk buku kui3
ketiga-tiga subjek aku kali ni ada mid term. asgmt math lum siap lagi dua soklan hu3. ekonomi nak kena baca, law nak kena hapal. aku sedang menguatkan semangat diri sendiri
haha sebab aku rase preparation semester ni amat dasyat teribble dan trouble nye. aku kurang peka dan leka.tapi aku tak sanggup CGPA aku terus jatuh dan jatuh. kerunsingan yang ketiga ni akan menyebabkan aku bizi menelaah buku2 dan barangkali ketiduran(haish). anyway tadi coach netball aku call, suruh turun training preparation MAKSAK, adess aku nak masuk ke? tambah runsing dan pasti bizi n lazi aku bertambah warghhhhhh
teruskan membaca...Posted by soul11 at 4:54 PM 0 comments
Monday, March 1, 2010
Mentahak, Kota Tinggi...
air yang mengalir dari kaw. berhampiran tapak khemah
Aku gi air terjun haha best pulak dan aku telah melakukan sesuatu diluar akal pikiran aku sendiri muahahaha
buat terjunan (tak de la tinggi mana) tapi bagi aku yang gayat ni. tinggi tows. walaupun agak penat dan besoknya aku terpaksa gi kelas. (terpaksa katanya~tak ikhlas betol). aku bukan pegi Air Terjun, Kota Tinggi yang glamour tows. Aku gi tempat yang best sket, "private' & 'privacy'.tempat ni dorang panggil gunung mentahak, aku pun tak sure la..gunung ke sebab aku tak naik puncak. dorang ckp nak naik puncak makan 1 jam kot, satu jam sampai puncak kategori gunung ke? huhu. nak masuk area air terjun ni kena la lalu ladang kelapa sawit, kemudian masuk sungai2 kecik dan masuk hutan sket baru la sampai. seronok bukan? mcm mengembara laks
so sape nak masuk pakai la selipar atau sandal yang bersesuaian. smpi jek kawasan air terjun, aku follow jek kenkawan yang dah ade pengalaman pergi cari tapak khemah, da siap khemah. huhu pergi mandi~~!!. aku suka tmpt ni sebab agak sunyi la kowt, tak ramai orang. wat hal sendiri. tapi bukan hal yang bukan2 ok ngee~~. dalam kul 6 aku dan rakan2 keluar dari kawasan tersebut, walaupun letih tapi seronok. InsyAllah, aku dan rakan akan datang laie dan bermalam sehari dua thehehehe..best tows! Ada beberapa gambar disertakan air terjun yang tinggi sket aku tak amik..huk3 takut cameghe masuk air ngee~~
perjalanan aku dan rakan bermula~
tempuh sungai dan masuk hutan pulops
my shot before balik~ out of frame eks..lantak la haha
perjalanan pulang sungai terakhir yg ditempuh
Posted by soul11 at 4:12 PM 0 comments






